Peraturan

Peraturan Penggunaan Perpustakaan

  1. Setiap buku yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik.Hanya buku yang mempunyai kod barsahaja boleh dipinjam.
  2. Tempoh pinjaman ialah 1 minggu.Denda RM0.20 sehari akan dikenakan jika lewat.Hanya 2 buah buku sahaja boleh dipinjam pada satu masa.
  3. Buku yang hilang hendaklah diganti mengikut harga buku tersebut.
  4. Pinjaman buku rujukan hanya boleh dibuat melalui Guru Perpustakaan dan Media.
  5. Murid mestilah menggunakan kad pintar untuk meminjam buku.Penggunaan kad pintar murid lain adalah dilarang.
  6. Kehilangan kad pintar hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Guru Perpustakaan dan Media.Permohonan baru boleh dibuat dengan bayaran RM8.00.
  7. Membuat bising adalah dilarang.Perpustakaan adalah tempat untuk membaca bukan untuk berbual atau bermain.
  8. Mencuri adalah satu jenayah.Jauhkan diri anda daripada mengambil atau mencuri buku di perpustakaan.Mengusik atau merosakkan barang yang dipamer dalam perpustakaan juga adalah satu kesalahan.
  9. Makan dan minum di dalam perpustakaan adalah dilarang.Pastikan tangan anda bersih sebelum masuk ke dalam perpustakaan.
  10. Murid dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan sekiranya guru pembimbing ada bersama.
  11. Segala aktiviti pinjaman akan dihentikan seminggu sebelum peperiksaan berlangsung.
  12. Waktu pinjaman adalah berdasarkan jadual yang telah ditetapkan pada waktu rehat manakala jadual  kelas sila rujuk guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     

Rajin Membaca Ilmu Berganda
Perpustakaan Ceria Murid Gembira