Konsep PSS

Definisi Pusat Sumber


Pusat Sumber Sekolah (PSS) umumnya merupakan satu tempat untuk mengghimpun dan menyebarkan sumber atau bahan maklumat terpilih bagi menjayakan proses pendidikan di sekolah.Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan bercetak dan bukan cetak meliputi teknologi terkini.


Konsep Pusat Sumber


Suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa.Perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamalkan kemahiran dalam pembelajaran.Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.Agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajar.


Visi PSS SK Sri Laksamana


            MELAHIRKAN INSAN YANG BERINFORMASI
             MELUASKAN TAHAP PEMIKIRAN
               MEMBENTUK WARGA SEKOLAH BERILMU DAN BERKUALITI



Misi PSS SK Sri Laksamana
            

MENYEDIAKAN PRASARANA INFORMASI YANG KONDUSIF
 MENGINTEGRASI PSS DENGAN MEDIA BERTEKNOLOGI TINGGI
  MENAMBAH KOLEKSI BAHAN MEDIA MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA


Matlamat Pusat Sumber
  • Mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah.
  • Membentuk satu profesion perguruan yang positif.
  • Membentuk pelajar berilmu.
  • Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria,kreatif,progresif,berinovasi dan berteknologi demi melahirkan pelajar yang seimbang pencapaian.

Objektif Pusat Sumber
  • Mewujudkan kecemerlangan pendidikan di sekolah.
  • Menggalakkan penggunaan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah.
  • Pemupukan tabiat belajar pelajar di sekolah.
  • Penghasilan bahan untuk P & P.
  • Memperolehi kemahiran maklumat di kalangan warga sekolah.

Piagam Pelanggan PSS SK Sri Laksamana


KAMI GURU-GURU DAN PARA PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :


  • Memberikan perkhidmatan mesra dan terbaik kepada para pengguna pusat sumber.
  • Membimbing para pengguna menggunakan segala kemudahan pusat sumber secara optimum dan berkesan.
  • Memberi peluang sama rata kepada seluruh warga sekolah menikmati kemudahan yang tersedia di pusat sumber.
  • Menyampaikan dan membimbing pengguna mengaplikasi sebarang bentuk perkembangan teknologi pendidikan terkini.
  • Meningkatkan ilmu disiplin diri dan sahsiah kami serta seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana.
  • Mewujudkan hubungan baik antara ahli keluarga Pusat Sumber Sekolah ini dengan pihak-pihak lain seperti BTP,BTPN,PKG,PUSTAKAM,PERPUSTAM dan sebagainya melalui pelbagai program pendidikan.
  • Menguruskan kerja dengan sistematik,cekap,pantas,bijaksana dan berkesan.
  • Sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti bagi meransang kewujudan budaya ilmu dalam jiwa seluruh warga sekolah.
  • Mengembleng tenaga untuk membantu mempertingkatkan kualiti pencapaian akademik serta kokurikulum sekolah.
  • Menyerlahkan fungsi sebenar Pusat Sumber sebagai pusat informasi sekolah.