NILAM

NILAM ( NADI ILMU AMALAN MEMBACA)

1. LATAR BELAKANG
    Merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan
    di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
          - merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan.
          - melalui aktiviti - aktiviti galakan membaca di sekolah
          - merupakan program penilaian pembacaan di sekolah
          - merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun sehingga
            tamat persekolahan
 
     Program ini telah mula dilaksanakan dengan tahun Satu di Sekolah Rendah,
     Tingkatan Satu di Sekolah Menengah dengan rasminya pada tahun 1999.Mengikut surat
     pekeliling ikhtisas bil.13/1998 bertarikh 22 Mei 1998; Pelaksanaan Program NILAM yang
     mewajibkan semua sekolah di Malaysia menjalankan Program NILAM.Langkah
     pemantapan budaya membaca dalam kalangan murid - murid sekolah ini juga diperkukuh
     kan lagi melalui surat pekeliling ikthisas bil.1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan
     Budaya Membaca di Kalangan Murid Sekolah.
 
2. MATLAMAT

    Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya
    murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan
    rakyat Malaysia.

3. OBJEKTIF

   a. Menjadikan murid banyak membaca.Pembacaan melibatkan semua genre,bahan yang
       berkualiti dan tidak terkonkong kepada pembacaan yang berorientasi peperiksaan sahaja

   b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
       membaca.

   c.  Melahirkan tokoh murid yang berkerampilan dalam pembacaan,mempunyai sifat
        kepimpinan,berani berhadapan dengan khalayak,berkeyakinan tinggi dan
        berpengetahuan luas.

   d.  Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaan,menjadikannya
        sebagai satu budaya dan menjadi 'role model' kepada rakan - rakan sebaya yang lain.

   e.  Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat

4. TAHAP PELAKSANAAN

    i. Tahap pertama ( JAUHARI) - pada tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti
       galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun

       Sistem ganjaran JAUHARI:

         jumlah bacaan / buku                                pengiktirafan

              90 - 179                                               Gangsa
            180 -  269                                               Perak
            270 -  359                                               Emas
            360 - ke atas                                           NILAM

    ii. Tahap kedua (RAKAN PEMBACA) -pada tahap ini memberi penekanan kepada
        kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca.
        Murid - murid yang telah membaca sebanyak 100 buah buku di Tahap Jauhari layak
        memasuki tahap Rakan Pembaca.

        Sistem ganjaran RAKAN PEMBACA:

        Pengiraan markah bagi tahap Rakan Pembaca berdasarkan aktiviti yang dijalankan
        antaranya:
        * bercerita
        * membaca bersama
        * bicara buku
        * meminjam buku
        * syarahan
        * lakonan
        * diskusi

               Markah                                       Pengiktirafan

               100 - 199                                    Gangsa
               200 - 299                                    Perak
               300 - 399                                    Emas
               400 - ke atas                               NILAM