Latar Belakang

Sejarah PSS SK Sri Laksamana

    Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Sri Laksamana mempunyai sejarahnya tersendiri selari dengan perkembangan pembangunannya.Pada 1 Januari 1970,sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris II  kemudian ditukar nama kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan  Sungai Baru II.Pada masa ini,warga sekolah ini menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Baru I secara bergilir-gilir iaitu enam bulan pagi dan enam bulan petang.

    Pada 7 Ogos 1979 sekolah ini berpindah ke bangunan baru dengan nama Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana,Masjid Tanah.pengertian SRI bermaksud Sekolah Rendah Inggeris dan LAKSAMANA adalah untuk mengingati kembali keagungan Negeri Melaka.
   
    Pusat Sumber sekolah di bangunan baru ini terdiri daripada bilik tayang,bilik bahan bantu mengajar dan perpustakaan.Walau bagaimanapun pada tahun 1995 bilik tayang terpaksa diubahsuai untuk dijadikan makmal komputer.Pada tahun 2004 bilik bahan bantu mengajar pula terpaksa dijadikan makmal sains.

     Kini untuk menampung keperluan warga sekolah ruang tayangan dan bilik bahan bantu mengajar digabungkan dengan perpustakaan.Kesulitan akibat kekurangan bilik darjah dan bilangan pelajar yang meningkat setiap tahun menyebabkan semua warga sekolah akur akan masalah ini.Namun kekangan ini tidak menghalang Pusat Sumber Sekolah bergerak demi memenuhi misi dan visi selaras dengan kehendak dan keperluan semasa warganya.